Saturday, March 31, 2012

TEORI PSIKOANALISIS

Pada tahun 1986 , Sigmund Frued telah mempelopori dan memperkenalkan Sistem Psaikoanalitik.  Beliau juga merupakan pengasas Pendekatan Teori Psaikoanlitik dalam bidang psaikologi.   Beliau dilahirkan pada 6 Mei 1856 dan berasal dari Moravia yang kini lebih dikenali sebagai Slovakia dan meninggal dunia pada 23 September 1939.  Beliau telah melanjutkan pelajaran pada tahun 1873 di Universiti Wina dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1881.  Sigmund Frued telah mengundang beberapa orang doktor muda Wina untuk berbincang tentang isi-isu psaikologi.  Alfred Adler, Wilhelm, Max Kahane, Rudolf Reitler dan diri beliau sendiri adalah antara lima orang yang terlibat dalam perbincangan mengenai isu-isu psaikologi.  Sigmund Frued merupakan seorang doktor perubatan dan menumpukan penyelidikannya tentang kecelaruan saraf.  Di samping itu beliau juga terlibat dalam bidang neorofisiologi dan neuropsikitari.   Pada tahun 1900 beliau telah menulis sebuah buku bertajuk “The Interpretations of Dream”.  Sigmund Frued telah mendalami penyelidikan ini sehingga terbitnya buku kajiannya.  Teori Psikoanalitik adalah merupakan satu kaedah yang boleh diiktiraf untuk merawat individu yang bermasalah dari segi emosinya.  Di samping itu juga Psikoanalitik merupakan satu mekanisme yang sesuai untuk merawat individu yang mempunyai masalah personaliti.  Menurut pendekatan ini, tingkah laku seseorang pada masa kini adalah dihasilkan daripada pengalaman zaman kanak-kanak, penekanan perasaan erotik dan konflik bawah sedar semasa melalui perkembangan psaikoseksual sejak lahir hingga dewasa.  Oleh itu, Sigmund Frued menganggap zaman kanak-kanak yang dilalui oleh seseorang itu amatlah penting kerana beliau percaya peristiwa-peristiwa semasa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat kepada psaikologi individu.  Sigmund Frued mengembangkan teknik Psikoanalitik sebagai satu cara pelaksanaan menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan kejiwaan dan beliau merumuskan bahawa teori tentang struktur peribadi manusia adalah berkaitan dengan rasa cemas, mekanisme untuk mempertahankan diri, rasa tertekan, sublimasi dan lain-lain lagi.  Sigmund Frued juga berpendapat bahawa masaalah seksual juga menjadi sebab penting dalam hal penyakit jiwa.  Masalah seksual bermula daripada zaman kanak-kanak dan bukan sewaktu dewasa.  Sehingga ke saat ini, psikoanalitik dianggap sebagai salah satu gerakan revolusioner di bidang psaikologi bagi penyembuhan penderita sakit mental.

            Menurut pandangan Sigmund Frued tentang fitrah manusia bahawa beliau mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi.  Pendekatan Psaikoanalitik melihat manusia sebagai tidak rasional, tidak sosial, penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu tidak membawa arah kepada nasib haluannya.  Sigmund Frued melihat sifat manusia pada dasarnya ialah deterministik.  Tingkah laku manusia pula lebih digalakkan oleh naluri kebinatangan dan desakan biologikal.  Desakan yang paling utama ialah desakan mendapatkan kepuasan nafsu sendiri.  Desakan ini berlaku dalam diri seseorang sama ada lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asas naluri dan desakan yang jahat ini.  Desakan-desakan jahat perlu dibendung dengan pengalaman-pengalaman dalam masyarakat seperti kekeluargaan dan sosialisasi.  Sekiranya sosialisai ini tidak berlaku maka individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan peraturan-peraturan dalam masyarakat itu sendiri. 
Teori Psaikoanalitik berpendapat bahawa perkembangan personaliti manusia dipengaruhi oleh tenaga psike.  Tenaga psike meliputi dua aspek iaitu penentuan psike dan tahap kesedaran.  Penentuan psike bermaksud bahawa semua tingkah laku dan reaksi emosi manusia itu mempunyai sebab yang tertentu.  Pada lazimnya ia berkait rapat antara hubungan sesama insan.  Terdapat perkaitan antara tahap sedar dan tidak sedar, antara pemikiran dengan tindakan atau gerakan emosi yang serta merta.  Fahaman tenaga psike dalam individu bermaksud desakan yang berasaskan kepada konsep libido.  Konsep ini lebih merupakan suatu desakan seksual sebagai tenaga hidup atau eros.  Libido merupakan desakan tenaga seksual kejantinaan yang luas dan tidak bertumpu hanya kepada maksud seks yang sempit tetapi termasuk segala aspek kepuasan sendiri.  Desakan kedua dalam tenaga psike ialah desakan aggresi atau thanatos.  Desakan-desakan ini merupakan desakan naluri yang semulajadi semenjak seseorang itu dilahirkan.  Penentuan psike ini berkait rapat bahawa manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya.  Naluri desakan biologikal itu lebih kuat mempengaruhi tingkah laku manusia. 
            Sigmund Frued membahagikan asas Teori Psaikoanalitik aspek mental kepada tiga bahagian iaitu alam sedar (individu dalam keadaan sedar yang merangkumi kepada tingkah laku, tindakan, perasaan, pemikiran dan ingatan), alam pra sedar (pengalaman di bawah sedar tetapi boleh menjadi sedar apabila mengingat semula) dan alam bawah sedar (mengandungi pengalaman dan memori di mana individu tidak sedar kewujudannya).    Di samping itu Psaikoanlitik terdapat tiga penerapan iaitu satu kaedah penelitian daripada fikiran, suatu ilmu pengetahuan sistematik mengenai tingkah laku manusia dan suatu kaedah perlakuan terhadap penyakit psaikologi atau emosional.     
            Teori ini bermula dengan pemikiran Sigmund Frued tentang psaikologi dan pemikiran bawah sedar dan sedar manusia yang dianggap dasar segala tindakan dan pelakuan.  Idea Sigmund Frued tentang pemikiran sedar dan bawah sedar tercetus daripada pengalaman diri Sigmund Frued sendiri sewaktu berhadapan dengan pesakit jiwa di kliniknya.  Sigmund Frued berasa hairan dengan tingkahlaku pesakitnya.  Sigmund Frued percaya bahawa fenomena bawah sedar mempunyai pengaruh yang besar mempengaruhi tindak tanduk dan cara seseorang itu berfikir.  Menurut Sigmund Frued, tempat yang paling strategik untuk  menerokai aktiviti bawah sedar ialah mimpi.  Interaksi sedar, tidak sedar dan bawah sedar inilah yang akan membentuk dan mempengaruhi diri dan dunia seseorang manusia.  Tahap bawah sedar ialah tahap yang paling penting.  Ia sangat mempengaruhi kepada pembentukan tingkah laku seseorang.  Pada tahap ini semua naluri dan keinginan manusia membentuk keperibadiannya.  Akhirnya seseorang itu akan menunjukkan tingkah laku yang diterima oleh orang ramai.  Oleh sebab itu peralihan tahap dari bawah sedar ke sedar adalah amat sukar.  Pada umumnya Teori Psaikoanalitik berpendapat bahawa perasaan pemikiran bawah sedar ini melalui suatu proses situasi yang dihadapi disekat oleh kenyataan dan persepsi masyarakat juga tidak dapat menerima kenyataan itu.  Sebagai contoh khayalan seseorang atau mimpinya.   
            Teori Psaikoanalitik adalah merupakan sebahagian teori yang penting dalam dunia Psaikologi Moden.  Meskipun Sigmund Frued bukanlah orang pertama mengemukakan teori tentang keperibadian yang berkaitan alam bawah sedar, namun beliau merupakan seorang revolusioner di bidang psaikologi.  Setelah membuat kajian yang lama, beliau manyatakan kesimpulan bahawa sebahagian besar kehidupan seseorang individu dikuasai oleh alam bawah sedar seperti keinginan,  impuls atau dorongan.  Keinginan atau dorongan yang tertekan akan terus hidup dalam alam bawah sedar. 
            Sigmund Frued mengembangkan teknik Psaikoanalitik sebagai satu kaedah penyembuhan penyakit kejiwaan dan beliau merumuskan teori tentang struktur peribadi manusia yang kemudian dikembangkan menjadi sebuah teori psaikologi yang berkaitan dengan rasa cemas, mekanisme mempertahankan diri, rasa tertekan, sublimasi dan lain-lain.  Sigmund Frued amat terkenal dengan keghairahan seksual yang tertekan sering menjadi penyebab penting dalam masalah penyakit jiwa atau neurosis.  Beliau juga menunjukkan bahawa ghairah seksual dan nafsu seksual bermula daripada zaman kanak-kanak lagi dan bukan bermula pada zaman dewasa. 
            Dalam teori Sigmund Frued alam sedar merupakan segala sesuatu yang disedari oleh manusia pada saat-saat tertentu, pancaindera, ingatan, pemikiran, fantasi dan perasaan yang dimiliki oleh manusia.  Kaitan alam sedar ini adalah apa yang dinamakan oleh Sigmund Frued sebagai alam tidak sedar, iaitu segala sesuatu yang dipanggil ke alam sedar seperti kenangan yang tidak boleh diingati ketika berfikir tetapi dengan mudah boleh dipanggil lagi atau sering kali disebut sebagai kenangan yang sudah sedia ada.  Menurut Sigmund Frued kedua-duanya adalah bahagian terkecil dalam fikiran. 
            Bahagian terbesar dalam fikiran adalah alam bawah sedar.  Bahagian ini merangkumi sesuatu yang sangat sulit dibawa ke alam sedar seperti kenangan pahit atau emosi yang dikaitkan dengan trauma.  Sigmund Frued berpendapat bahawa alam bawah sedar adalah sumber daripada motivasi dan dorongan yang ada dalam diri kita, hasrat yang sederhana seperti makanan atau seks, daya-daya neurotik, atau motif yang mendorong ke arah seniman atau ilmuan berkarya.  Namun anehnya menurut Sigmund Frued, kita sering terdorong untuk mengingkari atau menghalangi seluruh bentuk motif ke arah alam sedar.  Oleh itu, motif-motif itu wujud samar-samar.
            Pandangan Pendekatan Psaikoanalitik terhadap sifat 
manusia di mana menurut Sigmund Frued manusia dilahirkan dengan dorongan naluri dalaman yang bersifat biologi atau kebinatangan.  Naluri ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu naluri seksual dan naluri kebinasaan.  Menurut Sigmund Frued (1950) melalui Teori Psaikoanlitiknya menyatakan bahawa setiap manusia secara semulajadinya menginginkan keseronokan dan cuba mengelakkan kesakitan.  Jika keinginan keseronokan dan mengelakkan kesakitan terhalang maka seseorang itu bertindak agresif. Seseorang yang agresif mempunyai dorongan naluri dalaman yang berlainan dengan seseorang yang tidak agresif.  Sigmund Frued (1930, 1950) berpendapat bahawa keagresifan disebabkan oleh faktor naluri biologi yang mewujudkan musuh dorongan desakan kebebasan.  Manusia mempunyai tanggapan antara dorongan membina atau kemusnahan.  Dorongan semulajadi atau dorongan mati adalah semulajadi, namun naluri ini tetap mewujudkan dorongan musuh menuntut kebebasan.
  Tenaga pula wujud dalam dua bentuk iaitu tenaga psike  yang merupakan kuasa penggerak kepada segala aktiviti manusia dan mempunyai hubungan dengan naluri seksual atau libido.  Pengaruh tenaga psike ini terbahagi kepada tiga iaitu perkembangan keupayaan khas seseorang individu ditentukan ke arah mana tenaga psike diperkembangkan sama ada di luar kawalan atau tanpa sedar.  Tenaga psike juga dipengaruhi oleh keperluan paling asas iaitu keperluan untuk rasa dimiliki dan ia akan kekal sebagai sebahagian daripada elemen tidak sedar.  Selain itu, pengaruh tenaga psike juga melibatkan keperluan tidak sedar akan membentuk tenaga psike seterusnya mempengaruhi bidang kerjaya individu.  Tenaga psike mempengaruhi personaliti seseorang pada zaman remaja.  Tenaga psike merangkumi perkembangan tahap pemikiran, perasaan, kederiaan dan gerak hati.  Pada tahap ini berlakunya tahap kesukaran dalam pengadaptasian kehidupan.  Di tahap ini seseorang mengalami krisis indentiti yang  mana para remaja berhadapan mencari identiti sebenar dan terdedah kepada pengaruh persekitaran yang kuat terhadap identiti mereka.  Manakala tenaga deterministik  pula ialah tenaga yang menjadi sebab dan akibat tingkahlaku fizikal dan mental manusia.  Tindakan manusia ditentukan oleh tenaga dalam manusia yang berkembang pada masa kanak-kanak.  Masa lalu paling banyak mempengaruhi ialah tahap perkembangan awal kanak-kanak dan relasi awal pengasuhan orang tua. 
Konsep-konsep utama Pendekatan Psaikoanalitik terbahagi kepada tiga komponen iaitu Id ialah komponen biologi, tempat-tempat penumpuan naluri, bersifat tidak logik, tidak bermoral dan didorong oleh nafsu.  Id mempunyai tugasnya tersendiri iaitu misalnya sentiasa mendorong kepada keseronokan, kejayaan dan kehendak naluri.   Id mengandaikan semua gejala yang neutral dalam pemikiran seseorang individu.  Dalam pandangan psaikoanalisis ciri id seseorang itu sudah wujud semasa dilahirkan.  Id dianggap satu elemen struktur yang semulajadi, satu elemen yang diwarisi dan satu elemen yang sedia ada dalam diri manusia.  Id merupakan satu gejala bawah sedar.  Id  juga merupakan satu tenaga yang primitif.  Id tidak teratur, tidak rasional dan penuh dengan orentasi berkehendakan kepuasan.  Id merupakan sumber libido.  Tujuan utama id adalah bagi mendapatkan kepuasan sendiri secara mendadak.  Itulah sebabnya id tidak ada penyatuan dari segi maksud tidak teratur dan tidak bermoral.  Sebagai satu daya tenaga yang begitu primitif, id merupakan penggerak psaikologikal yang tidak payah dipelajari.  Id yang didorong oleh tenaga untuk hidup serta berprinsipkan kenikmatan.  
Komponen kedua terdiri daripada Ego iaitu komponen psaikologi,  mengendalikan kesedaran, bertindak sebagai hakim dan tugas utamanya mengimbangi id dan super ego.  Ego berlaku secara realistik dan berfikir.  Ego pula berperanan mententeramkan id.  Ego berbeza dengan id.  Ego tidak wujud semasa kelahiran.  Sebaliknya ego berkembang secara berperingkat.  Sebagai elemen pada tahap sedar, ego penuh dengan persepsi, ingin kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan.  Perkembangan ego adalah melalui hubungan secara sosial dan identitifikasinya dengan orang lain, objek dengan alam sekelilingnya.  Sebagai alat memperkukuhkan sendiri pada tahap sedar, ego memainkan satu fungsi yang penting dalam struktur tingkah laku dan personaliti individu.  Sebagai satu konsep terapan yang disedari, identitifikasi memainkan peranan yang penting semasa mengubahkan haluan  tenaga psike daripada id kepada ego.  Antara fungsi ego adalah ego dapat bertindak terhadap acara yang mendatangkan kecemasan, biasanya konflik atau pertentangan antara id dengan super ego.  Id mempunyai dua cara untuk bertindak dalam keadaan kecemasan.  Ego boleh menggunakan asas pengalaman serta kebolehan tenaga pemikiran  yang nyata atau sebenar.  Seterusnya, ego boleh bertindak terhadap tingkah laku penyelesaian masalah berasaskan pengalaman dan sosialisasi.  Ego juga boleh menggunakan kaedah menentang, menolak, tipu helah dengan memesongkan keadaan sebenar atau kebenaran.  Apabila kaedah ini bergerak dan mengambil alih tingkah laku, kaedah ini ternyata sebagai mekanisma bela diri ego.  Mekanisma bela diri adalah pendaman, sorotan dan sublimasi.  Ego ialah diri yang sedar dan berprinsipkan realiti. 
Manakala komponen ketiga ialah super ego iaitu komponen sosial dan nilai-nilai moral masyarakat.  Ia adalah cabang moral yang mementingkan kesempurnaan berfungsi menghalang keinginan-keinginan id. Manakala super ego berfungsi sebagai pelindung dari sebarang perkara yang cuba meruntuhkan prinsip-prinsip kemanusiaan , sosial, moral dan sebagainya. Ketiga-tiga komponen merupakan proses-proses berinteraksi di antara satu sama lain bagi menghasilkan tingkahlaku tertentu.  Super ego merupakan struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkah laku psaikoanalisis.  Super ego lebih menyerupai hati nurani seseorang individu.  Super ego merupakan akar tunjang dari aspek peneguhan moral yang baik.  Moral yang dipelajari, dikenal pasti daripada ibu bapa, mahupun masyarakat.  Moral yang sedemikian dipelajari hasil daripada asuhan semasa seseorang individu itu masih kecil pada peringkat umurnya dan berkembang dengan penerapan moral sehingga sebati dengan hati nuraninya.  Super ego mengawal id dan ego.  Super ego seakan-akan bertindak seperti ibu bapa seseorang individu, saling mengingatkan keadaan, suasana, peristiwa, persepsi, pemikiran, emosi, perasaan, sikap dan tingkah laku. Di sebalik super ego sentiasa wujud imej pengawalan. Sebagai contoh, lazimnya di kalangan orang melayu apabila hendak keluar dari rumah secara otomatis terlintas memakai kasut.  Keadaan menanggal kasut sebelum masuk ke rumah juga menjadi kelaziman adat orang melayu.  Super ego adalah komponen sosial yang berprinsipkan moral. 
Tingkah laku terhasil daripada interaksi antara ketiga-tiga sistem utama tersebut dalam menentukan agihan tenaga psike kepada id.  Id yang beroperasi di tahap bawah sedar adalah sebagai penggerak tingkah laku yang berusaha menggunakan tenaga psike untuk bertindak memenuhi kehendaknya.  Namun bagaimanapun ego sebagai komponen psaikologi yang beroperasi di tahap sedar akan merujuk kepada super ego sebagai badan kehakiman yang menentukan sesuatu tingkah laku baik atau buruk.  Sekiranya desakan id tidak menepati kehendak moral atau tidak menyalahi undang-undang dan beretika maka ego akan membenarkan id menggunakan tenaga psike tersebut.  Justeru tingkah laku yang dihajati individu tersebut akan berlaku. 
Menurut Sigmund Frued perkembangan personaliti manusia dibahagikan kepada lima peringkat iaitu peringkat mulut atau oral (0-1 tahun), peringkat dubur atau anal (1-3 tahun), peringkat falik (3-6 tahun), peringkat pendaman (6-12 tahun) dan peringkat shahwat atau genital (12- dewasa).  Pada setiap peringkat perkembangan psaikoseksual tersebut individu seharusnya mendapat kepuasan untuk memenuhi desakan nalurinya.  Sekiranya kepuasan dicapai maka individu akan membentuk sahsiah yang menepati norma masyarakat.  Jika desakan tersebut tidak dipenuhi maka ia akan membentuk tingkah laku yang bermasalah apabila dewasa.  Peringkat mulut atau oral (lahir hingga 1 tahun) di mana kanak-kanak didorong oleh rasa laparkan susu ibu dan kepuasan diperolehi melalui aktiviti mulut dengan menyusu.  Sepatutnya kanak-kanak disusui,  dibelai dan dilayan mesra oleh ibunya.  Sekiranya tidak berlaku maka lekatan akan berlaku dan natijahnya terbentuk tingkah laku tidak wajar yang dihasilkan melalui mulut.  Peringkat dubur atau anal (1 hingga 3 tahun) kepuasan diperoleh melalui aktiviti dubur dengan membuang air besar dan air kecil.  Kanak-kanak diajar cara-cara membuang air.  Sekiranya dimarah secara keterlaluan jika berlaku kesilapan sewaktu membuang air mereka akan rasa tertekan kerana keliru terhadap cara sebenar membuang air dan ini akan menyebabkan lekatan perkembangan personaliti mereka.  Implikasi lekatan di peringkat ini akan membina tingkah laku yang kedekut, agresif, pendendam, degil dan obsesif kompulsif.  Peringkat falik (3 hingga 6 tahun) adalah perkembangan motor, kognitif dan hubungan interpersonal mula terbina dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak telah beralih daripada penerima yang pasif kepada penguasaan yang aktif.  Pada peringkat ini kanak-kanak memperoleh kepuasan melalui alat jantina mereka.  Kecenderuangan terhadap jantina yang berlainan mula timbul dalam pemikiran kanak-kanak. Kepuasan diperoleh melalui khayalan memperoleh keinginan seksual.  Introjeksi akan berlaku di mana anak lelaki akan lebih berusaha mengidentifikasi tingkah laku ayahnya agar dia dapat menawan hati ayahnya.  Proses introjeksi ini menghasilkan ciri-ciri kelelakian kepada anak lelaki dan ciri-ciri kewanitaan kepada anak perempuan.  Walaubagaimanapun sekiranya ayah atau ibu mempamerkan tingkah laku yang salah maka anak akan menirunya dan terbinalah tingkah laku yang salah.  Kekaburan atau gangguan dalam mengidentifikasi peranan jantina akan menyebabkan konflik.  Peringkat pendaman (6 hingga 12 tahun) di mana semasa melalui peringkat perkembangan pertama, kedua dan ketiga individu menempuh pelbagai cabaran dan kini individu berehat melalui pendaman.  Ego dan super ego semakin terbina.  Pada peringkat ini kanak-kanak sudah berada di alam sekolah rendah.  Kepuasan diperoleh melalui aktiviti mengikut padanan jantina. Sewaktu belajar, masa kanak-kanak seharusnya dipenuhi dengan bermain.  Kanak-kanak seharusnya diatur akan permainan yang sesuai dengan jantinanya.  Kanak-kanak lelaki memainkan peranannya sebagai bapa manakala perempuan peranan seorang ibu.  Sekiranya tidak diatur sedemikian maka mereka akan keliru akan peranan yang sepadan dengan jantinanya.  Proses pendaman ini berterusan hinggga kanak-kanak dewasa atau baligh.  Peringkat shahwat atau genital (dewasa) di mana individu boleh menyalurkan desakan shahwatnya melalui perkahwinan mengikut landasan agama dan moral.  Mereka mula menyumbang kepada perkembangan diri, keluarga dan masyarakat.  Mereka akan bergerak keluar dari alam remaja ke alam dewasa yang matang. Kini mereka terlepas daripada pengaruh ibu bapa, membina hubungan dan mula membina hubungan yang intim.  Kemahiran berhubung dan kecenderungan mementingkan orang lain mula terbina.  Kepuasan akan tercapai melalui bekerja dan berkasih sayang.
            Pada pandangan Sigmund Frued mekanisme bela diri 
ialah keadaan di mana ego membela dirinya terhadap konflik dan kerisauan dengan membuang fikiran-fikiran dan impuls-impuls yang tidak menyenangkan ke pemikiran bawah sedar.  Mekanisme bela diri sebagai satu proses psaikologi yang bertujuan untuk mengawal ketidakupayaan dan penderitaan ego yang mampu mempengaruhi dan mengawal id dengan sempurna..  Mekanisme bela diri juga dilihat sebagai mampu mempertahankan segala kutukan oleh super ego.  Manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi.  Berdasarkan pandangan psaikoanlitik lahirlah konsep anrasionallisme dalam segala gerak-geri manusia.  Fahaman ini berpendapat manusia tidak rasional, tidak sosial dan penuh desakan yang merosakkan dirinya dan sebagai manusia yang tidak menentukan haluan dirinya. Tingkah laku manusia lebih digalakkan oleh naluri kemanusiaan dan desakan biologikal.  Desakan yang paling utama adalah desakan mendapatkan kepuasan nafsu sendiri.  Desakan ini berlaku dalam diri sama ada lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asas naluri dan desakan yang jahat ini.  Pengaruh-pengaruh yang negatif perlu dibendung dengan pengalaman-pengalaman dalam masyarakat dan kekeluargaan.  Antara mekanisme membela diri adalah pendaman yang menjadi asas dalam struktur personaliti seseorang individu.  Ia merupakan pengenepian desakan sebagai perwakilan idea daripada tahap sedar.  Kesannya mengakibatkan berlaku keresahan sekiranya timbul pada tahap sedar.  Ciri pendaman yang berterusan akan memakan diri di samping pengaliran tenaga ego bagi tujuan membela diri.  Keresahan merupakan perasaan ketakutan dalaman.  Ia berasaskan daripada ingatan serta pengalaman lampau yang pahit dan menyakitkan hati.  Biasanya keresahan dikaitkan dengan penderaan.  Desakan ini sering diingati dan akan menimbulkan desakan dalaman yang menakutkan.  Di antara bela diri ialah penafian, projeksi, fiksasi, regresi, rasionalisasi, sublimasi, represi, pindah gantian dan lain-lain.  Mekanisma bela diri berlaku bagi menjaga pembentukan ego yang sedia ada dalam pengalaman seseorang individu. Mekanisma bela diri berpandukan kepada pengalaman yang tersirat pada peringkat bawah sedar dalam struktur ego.  Seseorang individu belajar hasil daripada pengalamannya tentang segala contoh dan kegiatan berkaitan naluri diri bagi memuaskan kehendaknya.  Apabila fungsi ego yang sedia ada tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, seorang individu akan secara tanpa sedar menggunakan mekanisme bela diri bagi menangani keadaan yang dihadapi.  Rosotan merupakan satu proses di mana seseorang individu dalam keadaan tertekan akan menggunakan gerak balas yang biasa dilakukan pada peringkat awal perkembangan personalitinya.  Rosotan berlaku bagi mendapatkan kepuasan yang sedia ada dalam tahap bawah sedarnya.  Contoh seorang kanak-kanak baru sahaja mendapat seorang adik akan merosot tingkah lakunya seperti tidak membuang air dengan teratur tanpa mengingat latihan yang sudah dilalui. Dalam keadaan ini, kanak-kanak tersebut berasa terancam dengan kedudukannya yang selamat dalam struktur kekeluargaan.  Pembentukan reaksi adalah proses perkembangan sikap yang bertentangan dengan perkara yang telah dipendam.  Keadaan ini berasaskan kepada prinsip bertentangan polariti.  Contoh desakan melakukan kegiatan mengotorkan bertentangan dengan desakan kegiatan bersih yang ada dalam pendaman. Unjuran merupakan suatu keadaan di mana seseorang individu melepaskan sikap diri sendiri ke arah orang lain.  Keadaan ini berlaku apabila ego tidak lagi dapat memendam bahan yang tidak digemarinya. Contohnya perasaan marah terhadap sesuatu kegiatan. Introjeksi merupakan suatu keadaan di mana seseorang individu menghimpun dalam dirinya semua sikap afektif berkaitan dengan objek atau orang luaran.  Mekanisme ini penting sebagai asas kepada proses pengenalpastian dalam peranan super ego. Pengenalpastian meupakan suatu proses di mana seseorang individu menggabungkan sikap orang lain ke dalam dirinya.  Dalam keadaan demikian segala tenaga id dialirkan ke arah proses pembentukkan ego. Contohnya seorang kanak-kanak merujuk tingkah laku dengan mengenal pasti kepada ibu bapanya.  Dengan menyerap segala ego ideal ibu bapa tersebut sebagai idealnya.  Di sini terbentuk tenaga super ego bagi diri kanak-kanak tersebut.  Pindah gantian adalah proses mengalirkan tenaga psike dari sumber atau objek yang tidak dapat diakses kepada satu objek yang lain.  Keadaan ini akan mendatangkan satu bentuk kartasis atau kelegaan dalam diri.  Pada kebiasaannya sikap serta perasaan yang asal tetap akan terserap, hanya emosi yang baru digantikan ke arah objek yang lain.  Pengalihan perilaku atau fikiran jauh dari target sebenar ke sasaran kurang mengancam.  Pindah gantian membolehkan orang terlibat dalam perilaku dengan kecemasan yang kurang  Contohnya kemarahan terhadap seseorang diganti dengan satu kegiatan yang kasar tetapi membina seperti membelah kayu api atau mencangkul membuat batas tanaman sayur.  Sublimasi merupakan satu bentuk pindah ganti yang berunsur seksual, apabila desakan seksual dialihkan ke arah tindakan yang berbentuk sosial dan manfaat serta kreatif.  Contohnya menyanyi, melukis, drama dan semua kegiatan kreatif dan kesenian.  Jika pindahganti berunsurkan desakan yang ganas maka sublinasi berbentuk kegiatan yang ganas akan mengambil alih seperti sukan lasak.  Represi ialah strategi mekanisme bela diri yang terpenting dan paling asas dalam teori personaliti Sidmund Frued. Represi berlaku apabila seseorang itu menolak fikiran, keinginan dan kenangan yang tidak boleh diterima dan mengusir mereka ke alam bawah sedar. Contohnya kita cuba melupakan penderaan seksual yang berlaku semasa kanak-kanak begitu trumatik.  Penafian ialah penolakan untuk percaya maklumat yang menimbulkan kerisauan.  Sekiranya represi lebih merupakan motivated forgetting untuk melupakan maklumat, penafian pula adalah satu assertion bahawa maklumat tersebut salah.  Contohnya menafikan diagnosis doktor tentang kanser dan cuba mendapatkan pendapat daripada doktor lain.  Rasionalisasi apabila seseorang itu berusaha untuk membuktikan bahawa tindakan mereka adalah rasional dan ada justifikasinya dan dengan itu wajar diterima maka individu ini dikatakan menggunakan strategi rasionalisasi.  Contoh seseorang yang terlepas temuduga jawatan kosong akan berkata sebenarnya dia tidak begitu menginginkan pekerjaan tersebut. Regresi di mana kembali ke tahap kefungsian asal perkembangan yang begitu matang, regresi merupakan usaha seseorang menghadapi peranannya untuk mengelakkan kecemasan.  Dengan mengambil peranan keanak-anakan seseorang itu dapat melarikan diri daripada tanggung jawab dan kembali ke hidup yang mungkin lebih selamat.  Contoh mengasingkan diri, menangis, meronta-ronta apabila mendengar berita sedih.
            Mekanisme bela diri tidak semestinya tidak sihat seperti contoh di atas.  Ketiadaan mekanisme bela diri atau keupayaan menggunakannya secara efektif seringkali boleh menyebabkan masalah dalam hidup.  Adakalanya kita menggunakannya pada masa yang salah atau berlebihan yang juga boleh merosakkan.  
            Matlamat utama Pendekatan Psaikoanlitik Sigmund Frued adalah untuk mengubahsuai struktur perwatakan individu dengan mengubah perkara yang tidak sedar kepada sedar di samping memperteguhkan ego agar tingkah laku berasaskan kepada keadaan realiti dan bukan dorongan naluri.  Matlamat kedua pula ialah mencari pengalaman masa lalu bagi memandu dan membentuk peringkat kefahaman kendiri yang diperlukan untuk membuat perubahan perwatakan.  Berasaskan kepada tahap kesedaran matlamat penting psaikoanalitik  adalah bagi menjelmakan wawasan kepada akal pemikiran.  Hasil ini akan hanya tercapai apabila timbul perseimbangan antara struktur personaliti yang merangkumi id, ego dan super ego.  Wawasan psaikologi yang dimaksudkan merangkumi segala kepekaan kefahaman tentang daya pemikiran dan kesedaran diri.  Dalam erti kata luas wawasan mencakupi keupayaan seseorang individu itu menyedari kederiaan pemikirannya serta afektif secara mendalam hingga berupaya mewujudkan suatu pemilihan yang wajar untuk kebahagiaan dirinya.  Proses perimbangan  struktur personaliti ini wajar dilakukan secara sengaja serta teratur.
            Teknik pendekatan psaikoanalitik dimulakan dengan rawatan psikoterapi.  Kita perlu mencari punca masalah pesakit dengan mendapat seberapa banyak maklumat tentang dirinya.  Terdapat beberapa teknik utama dalam psaikoanalitik iaitu pentafsiran, tafsir mimpi, analisa dan penafsiran penahanan serta analisa pemindahan.  Dalam proses pentafsiran penting bagi menimbulkan wawasan psaikologi.  Transferensi sahaja tidak mencukupi ke arah kelegaan dan tingkah laku yang baru.  Analisis dan pentafsiran tentang mekanisma bela diri akan memudahkan memahami kerumitan yang sedang dihadapinya.  Penjelmaan satu kartasis atau kelegaan dalaman boleh dinikmati oleh pesakit.  Pentafsiran dapat menggerakkan segala kefahaman super ego yang lama kepada satu tahap kesedaran baru.  Pengalaman dan kefahaman baru ini selanjutnya akan diganti dengan kesedaran ego baru dan bergerak ke arah penerimaan super ego yang lebih sesuai dengan keadaan semasa sealiran pesakit.  Pentafsiran yang dikemukakan tidak semestinya diterima oleh pesakit.  Hasil pentafsiran mungkin menimbulkan satu reaksi kepincangan dan wajar menerima hakikat bahawa tidak semua analisisnya mudah diperlakui oleh pesakit.  Apabila keadaan ini berlaku maka wajar sedar bahawa pesakit mungkin berada dalam keadaan transferensi dan menganggapnya sebagai orang signifikan yang pernah dialami dalam hidupnya yang lampau.  Ada kalanya juga rintangannya tidak semestinya berlaku hasil dari proses transferensi.  Ada juga kemungkinan rintangan berlaku hasil dari satu penolakan sebenar pentafsiran.  Tanda seperti ini memberi isyarat bahawa pesakit belum bersedia untuk menyesuaikan dirinya dengan keadaan sebenar. 
            Sumbangan Sigmund Frued dalam psaikoanalitik  kita dapat mengetahui tentang dinamik yang sering berinteraksi di dalam jiwa kita sehingga membawa kerisauan.  Kaedah-kaedahnya membantu kita dalam memahami pemahaman dan pentingnya perhubungan dengan pesakit, nilai-nilai pemindahan serta helah bela diri.  

TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW

Abraham Maslow dilahirkan pada 1 April 1908 di Brooklyn, New York dan meninggal pada tahun1970 di usia 62 tahun kerana sakit jantung.  Abraham Maslow dibesarkan dalam sebuah keluarga Yahudi dari Rusia dan merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik.  Hubungan Maslow dengan kedua orang tuanya tidak rapat sewaktu mudanya.  Semasa kanak-kanak dan remaja Maslow menderita dengan perlakuan kedua orang tuanya terutama ibunya.  Beliau hidup miskin dan mempunyai pendidikan yang rendah.  Sewaktu kecil kehidupan Maslow amat susah.  Pengalaman kehidupannya tidak menyeronokan, penuh dengan kekecewaan dan rasa kesunyian.  Beliau kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya dan sering disingkirkan oleh kawan-kawannya.  Masalah persekitaran di luar rumah dan faktor keluarga banyak mempengaruhi kehidupannya.  Keluarganya amat berharap Maslow berjaya dalam bidang pelajaran terutamanya dalam jurusan undang-undang tetapi beliau tidak meneruskannya malah beralih ke bidang psaikologi.  Apabila meningkat dewasa beliau telah melanjutkan pelajarannya di City College of New York(CCNY) dalam jurusan undang-undang.  Namun beberapa tahun kemudian, beliau telah bertukar ke Universiti of Wisconsis kerana lebih berminat dalam jurusan psaikologi.  Hasil daripada kelulusan itu beliau telah mendapat MA pada tahun 1931 dan phD pada tahun 1934 dalam bidang psaikologi di Universiti of Wisconsis.  Beliau juga telah menjadi “The chair of psychology Department” di Brandeis dari tahun 1951 hingga 1969.    Sepanjang menjadi ahli psaikologi beliau telah berjaya menulis buku “The Organism”.  Beliau telah dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Psaikologi Amerika pada tahun 1969. 

Maslow adalah merupakan pelopor di bidang Psaikologi Humanistik.  Teorinya amat terkenal sehingga ke hari ini tentang kaedah heiraki.  Abraham Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusunan keseluruhan.  Contohnya seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada individu tersebut sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar.  Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi.  Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu.  Pendekatan Humanistik melibatkan teori-teori yang melihat kepada nilai-nilai kemanusiaan dalam perkembangan potensi individu.  Pendekatan Humanistik mementingkan pendekatan moral dan potensi individu.  Konsep Humanistik sangat penting kerana ia melihat beberapa aspek iaitu dari segi nilai manusia, hak individu, tindakan diri dan harga diri dalam menentukan sesuatu tindakan yang diambil.  Pendekatan Humanistik berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya.  Setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan kendiri.  Dalam Teori Hieraki Keperluan Maslow menerima tentang adanya tenaga manusia untuk berkembang dengan sihat dan mampu mencapai kesempurnaan.  Abraham Maslow memandang manusia dengan penuh optimistik.  Teori ini dikenali sebagai Teori Hieraki Keperluan.  Beliau berpendapat bahawa perkembangan personaliti atau sahsiah individu banyak bergantung kepada keperluan yang paling dominan pada dirinya.  Pada tahun 1954 Teori Hieraki Abraham Maslow mula diperkenalkan setelah terbit bukunya yang berjudul Mativation and Personality.  
            Abraham Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks di mana tingkah laku luaran yang diperlihat oleh manusia.  Beliau juga menganggap individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat.  Matlamat ini dianggap sebagai satu keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi. 
            Abraham Maslow melihat manusia dengan pandangan optimistik.  Kajian Maslow adalah terhadap kesihatan psaikologi berbanding penyakit, tentang perkembangan manusia berbanding kejumudan, tentang potensi dan kebaikan manusia berbanding kelemahan  manusia.  Setiap individu memiliki kebebasan dan dengan kebebasan yang dimiliki akan menentukan individu untuk mencapai kesempurnaan serta dapat mencapai makna kehidupan yang sebenar.  Kebebasan adalah tanda manusia sempurna, manusia boleh memilih yang mana baik dan mana yang buruk bagi memenuhi keperluan serta memperkembangkan potensinya. Keperluan adalah diwarisi tetapi tingkah laku untuk mencapainya adalah dipelajari.  Personaliti adalah ditentukan melalui faktor interaksi antara alam dan kehidupan serta asuhan sejak kecil, warisan dan persekitaran, faktor personal dan persekitarannya. Personaliti manusia adalah unik dan Maslow berpendapat sungguhpun motivasi dan keperluan itu adalah berbeza di antara satu sama lain kerana tingkah laku dipelajari.  Keadaan ini menyebabkan tingkah laku manusia tidak sama.  Zaman di awal kanak-kanak adalah penting dalam membentuk perkembangan personaliti seseorang tetapi beliau percaya manusia mempunyai potensi untuk menguruskan kehidupannya.  Manusia akan lebih produktif dan lebih gembira jika dia dapat mempelajari dan menggunakan segala potensi ini.  Beliau tidak menafikan akan kewujudan kejahatan walaupun pada dasarnya warisan manusia adalah baik.  Maslow berpendapat kejahatan bukanlah sebahagian dari kehidupan tetapi disebabkan oleh persekitaran yang tidak sempurna.  Berdasarkan teori Abraham Maslow ini manusia itu sesungguhnya bersifat baik dan berpandangan positif, jika wujud sifat negatif seperti agresif atau egoistik itu menunjukkan tanda-tanda penyakit yang berpunca daripada rasa kecewa.  Dalam had-had tertentu manusia juga bersifat bebas membuat keputusan dan memilih aktiviti yang sesuai.  
            Personaliti yang dibincangkan oleh Abraham Maslow lebih kepada keperluan individu.  Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi.  Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu.  Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak dan mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu.  Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki.  Motivasi intrinsik mendorong manusia mencapai kejayaan dengan cemerlang dan biasanya berlaku secara spontan tanpa kawalan atau rangsangan luar.
            Abraham Maslow menerangkan segala keperluan ini sebagai semulajadi yang bermakna kualiti yang diperturunkan secara biologi yang kuat pengaruhnya terhadap tingkah laku.  Segala keperluan ini dapat dihapuskan melalui proses pembelajaran, tuntutan budaya,  ketakutan dan tidak menyetujuinya. Segala keperluan ini diwarisi sejak lahir tetapi tingkah laku untuk memenuhi segala keinginan adalah dipelajari dan menyebabkan tingkah laku ini berbeza daripada seseorang dengan seseorang yang lain. Keperluan-keperluan ini mengikut urutan dari keperluan paling utama kepada keperluan yang lemah. Keperluan di peringkat bawah sekali adalah keperluan yang mesti dipenuhi sebelum keperluan di peringkat yang lebih tinggi diberi keutamaan.
            Bukan kesemua keinginan ini perlu dipenuhi pada masa sama.  Hanya satu keperluan yang akan mendominasikan personaliti kita.  Keperluan ini adalah bergantung kepada keperluan-keperluan lain yang telah dipenuhi.  Pada pendapat Maslow keutamaan keperluan ini boleh berubah-ubah ataupun bertukar mengikut situasi. 
            Ciri-ciri keperluan dan fungsi keperluan menurut Maslow adalah keperluan yang terletak paling bawah dalam senarai hieraki adalah keperluan yang paling perlu diberi keutamaan dan keperluan yang paling tinggi dalam hieraki adalah keperluan yang paling lemah.  Keperluan yang terletak pada bahagian atas hieraki hanya timbul setelah segala keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan dipenuhi.  Pada zaman kanak-kanak keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan amat diperlukan.  Semasa remaja keperluan kasih sayang dan penghargaan akan diperlukan.  Sewaktu pertengahan umur keperluan kesempurnaan kendiri hanya akan wujud.  Kegagalan memenuhi keperluan-keperluan yang terletak pada bahagian bawah hieraki akan menimbulkan pelbagai masalah.  Maslow menamakan keperluan peringkat bawahan ini sebagai deficit atau deficiency of needs.  Keperluan peringkat atasan dapat dipenuhi atau dipuaskan maka didapati hidup akan menjadi lebih bermakna, jangka hayat akan lebih panjang dan menambah kecekapan biologi.  Maslow menamakan keperluan peringkat atasan sebagai keperluan growth atau being of needs.  Kepuasan memenuhi keperluan peringkat atasan memerlukan keadaan atau suasana luaran dari sudut sosial, ekonomi dan politik yang baik dan harmoni.  Dengan memenuhi kepuasan peringkat bawahan tidak bergantung kepada suasana atau faktor luaran.  Menurut kajian Maslow sesuatu keperluan itu tidak semestinya dipenuhi dengan sepenuhnya sebelum sesuatu keperluan lain dalam hieraki menjadi penting atau dipenuhi.  Maslow menerangkan bahawa hanya 85% keperluan fisiologi yang mesti dipenuhi, 70% keperluan keselamatan, 50% keperluan penghargaan dan kasih sayang, 40% penghargaan kendiri dan hanya 10%  keperluan kesempurnaan kendiri.
            Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah ialah keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua.  Dengan kata lain keperluan tahap kedua tidak akan wujud jika keperluan di peringkat pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan.  Keperluan ini bersifat biologikal dan jika keperluan ini tidak dipenuhi maka keperluan-keperluan lain akan menjadi tidak penting.  Keperluan ini merupakan keperluan utama yang diperlukan oleh setiap individu seperti keperluan makanan, minuman, tempat tidur, rehat, seks, pakaian dan lain-lain.  Keperluan keselamatan termasuk  keperluan kepada kestabilan, pergantungan, perlindungan bebas daripada rasa takut dan bimbang.  Pada pendapat Maslow keperluan keselamatan sangat penting pada peringkat kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami kejiwaan.  Sewaktu zaman kanak-kanak rasa ketakutan pada orang yang tidak dikenali dan menunjukkan rasa kegelisahan jika ketiadaan ibunya.  Kanak-kanak memerlukan rutin, kestabilan dan persekitaran yang aman.  Orang dewasa pula keperluan ini dapat dipenuhi dengan kewujudan undang-undang dalam masyarakat.  Ia amat menolong memenuhi keperluan ketenteraman, kedamaian, bebas dari perasaan resah dan gelisah serta boleh mengancam nyawa, fizikal dan emosi.  Keadaan yang membahayakan manusia akan timbul jika gagal memenuhi keperluan ini.  Keperluan kasih sayang merupakan keperluan yang diperlukan setelah segala keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan dipenuhi.  Kanak-kanak telah merasa selamat dalam persekitarannya akan mula mengalih perhatiannya kepada orang lain iaitu memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa atau ahli keluarganya.  Pada peringkat remaja keinginan kasih sayang perlu dipenuhi untuk mendapatkan penerimaan daripada sahabat dan rakan sebaya.  Keadaan masyarakat yang sentiasa berubah keperluan untuk merasai diri dihargai sebenarnya sukar untuk dicapai.  Individu akan memenuhi keperluan tersebut dengan pelbagai cara jika berlaku perubahan tempat tinggal, tempat kerja, tempat belajar dan sebagainya.  Menurut Maslow keperluan memenuhi keinginan seks juga adalah salah satu cara bagi menyatakan kasih sayang.  Sekiranya keperluan ini tidak dapat dipenuhi manusia akan rasa gelisah, kecewa dan tidak tenteram.  Ia juga menyebabkan gangguan emosi.  Keperluan kasih sayang ini juga akan menyebabkan manusia terus berkembang dengan sempurna terutamanya dari aspek perkembangan emosi.  Keperluan penghargaan kendiri merupakan keperluan untuk  mendapatkan pengiktirafan tentang diri sendiri, penghormatan daripada orang lain, rasadikenali dan mendapat kejayaan sosial.  Keperluan penghargaan kendiri dibahagikan kepada dua jenis iaitu penghargaan terhadap diri sendiri dan penghargaan yang diberikan oleh orang lain.  Jika keperluan penghargaan kendiri dapat dipenuhi dengan sebaiknya ia boleh membuatkan individu memiliki keyakinan diri dan lebih berdikari.  Keadaan ini akan menyebabkan individu tersebut menjadi lebih produktif.  Bagi mendapatkan penghargaan daripada orang lain diperlihatkan daripada keperluan untuk mendapatkan kemasyhuran, pengiktirafan, penghormatan dan sebagainya.  Jika keperluan ini tidak tercapai ia akan menimbulkan masalah seperti tidak bermotivasi, berserah, sentiasa mengharapkan pertolongan orang lain, rasa rendah diri, takut, tidak bermaya, takut dikritik oleh orang lain dan suka melihat kekurangan diri sendiri.    
            Maslow juga menyebut terdapat perbezaan di antara keperluan di peringkat tinggi.  Antaranya  keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita dan kewujudannya secara beransur-ansur.  Oleh kerana lebih tinggi keperluan itu ianya lebih istimewa kepada individu tersebut.  Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir ke dunia.  Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa.  Manakala keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur.  Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang mendalam kepada diri individu tersebut seperti gembira.  Keperluan di peringkat tertinggi iaitu keperluan kesempurnaan kendiri dianggap sebagai keperluan pertumbuhan.  Keperluan-keperluan di peringkat rendah adalah keperluan yang semestinya dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan. 
            Abraham Harold Maslow (1908-1970) menghasilkan peringkat keperluan manusia untuk mencapai potensi keperluan-keperluan masing-masing.  Peringkat keperluan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu keperluan kekurangan dan keperluan perkembangan.  Di dalam keperluan kekurangan terdapat beberapa keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan yang perlu dicapai agar manusia terus bermotivasi ke arah pencapaian yang lebih tinggi.  Dalam keperluan perkembangan pula, pencapaian intelek, estetika dan penyempurnaan kendiri akan tercapai apabila keperluan kekurangan dipenuhi.  Kita akan cuba merealisaikan kebolehan kita agar menjadi manusia yang sempurna.  Dalam  heiraki Maslow implikasi terhadap guru adalah guru sebagai model peniruan.  Guru menggunakan kaedah demonstrasi dengan contoh-contoh yang relevan.  Di samping itu guru perlu menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan dan menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai.  Oleh itu ia dapat mengekalkan ingatan murid dengan mendemonstrasikan langkah-langkah secara lebih sistematik.  Guru perlu memberi peneguhan yang positif selepas reproduksi.       
            Abraham Maslow ialah seorang tokoh humanistik yang mengaitkan motivasi instriktik dengan pembelajaran individu dalam teori keperluan beliau.  Keperluan adalah kehendak manusia bagi menyempurnakan keadaan kekurangan, gangguan dan ketidakseimbangan dalam dirinya.  Keperluan manusia dapat diklasifikasikan kepada keperluan fisiologi dan keperluan psaikologi ialah keperluan sekunder.  Abraham Maslow (1970) berpendapat individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder. 
            Maslow menjelaskan keperluan-keperluan manusia itu secara berperingkat-peringkat.  Peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sekiranya keperluan yang lebih rendah tidak dipenuhi terlebih dahulu.  Pada peringkat paling asas terdapat keperluan hayat atau keperluan fisiologi.  Selepas keperluan ini dipenuhi barulah keperluan keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri, penghormatan kendiri dan penyempurnaan kendiri dapat dikecapi.  Peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri.  
            Model Maslow berbentuk peringkat itu adalah perkembangan ontologi individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu.  Contohnya sewaktu bayi memerlukan perlindungan keselamatan, diikuti dengan kasih sayang dan penghormatan diri.  Keperluan ini terus bertambah sehingga ke peringkat penyempurnaan kendiri. 
            Kajian Maslow mendapati semakin tinggi keperluan individu, semakin berkurangan pergantungan pada persekitaran sosial.  Ini kerana individu menggunakan pengalaman lampau bagi menentukan tingkah lakunya.  Pada masa ini, motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat dan kreativiti impuls individu.  Sementara itu  persekitaran sosial adalah faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini.  Sebab itulah Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai peringkat perkembangan. 

          Teori heiraki keperluan Maslow (1970)  menurutnya keperluan kesempuraan kendiri mempunyai ciri-ciri manusia seperti berkemampuan melihat diri sendiri, orang lain dan alam sekeliling, mempunyai kecekapan yang tinggi, mempunyai perasaan yang sentiasa dihargai, kreatif, mempunyai ciri-ciri orang yang demokratik, mempunyai hubungan interpersonal, bersikap sopan santun, bersikap spontan, mempunyai sikap kasih-mengasihi dan pergaulan ramah.  Individu yang sempurna tidak semestinya mencapai ciri-ciri kesempurnaan kendiri sekali gus. Jika individu mencapai kesemua ciri-cirinya ia dikenali individu unggul.  Keperluan kesempurnaan kendiri berada di peringkat paling atas.  Setiap individu berbeza dalam mengisi keperluan ini.  Keperluan ini merangkumi kebolehan menggunakan  sepenuhnya potensi yang dimiliki, bakat dan kebolehan.  Kegagalan individu memenuhi keperluan kesempurnaan kendiri akan menyebabkan individu rasa kehilangan atau kecewa dan tidak mempunyai kepuasan dalam kehidupannya.  Insan yang berjaya mencapai peringkat ini memiliki keyakinan diri yang tinggi, kepuasan dalam kehidupan, ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan.  Ciri-ciri yang menunjukkan bahawa seseorang itu telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri ialah mempunyai persepsi yang jelas tentang realiti, penerimaan terhadap diri sendiri, orang lain dan persekitaran, suka mempermudahkan dan berkecuali, berdedikasi terhadap sesuatu sebab, memerlukan kepada hak diri, menikmati pengalaman hidup walaupun mudah dan asas, minat untuk bersosial, toleransi dan dapat menerima orang lain, kreativiti dan keaslian serta penolakan terhadap tekanan sosial. 
            Oleh yang demikian tingkah laku manusia berubah apabila terdapat kekurangan keperluan terhadap dirinya.  Keperluan kesempurnaan kendiri di kalangan murid-murid adalah amat penting untuk mengelakkan berlakunya kemerosotan disiplin. 
            Teori pembelajaran psaikologi humanistik mempunyai banyak pendekatan yang berbeza dan berkongsi pengajaran manusia berbeza dengan haiwan, bercirikan kesedaran mereka sebagai insan yang unik, mempunyai potensi yang unggul dan mereka sedaya upaya  mengembangkan potensi tersebut sepenuhnya.  Pendekatan Humanistik menekankan keseluruhan murid dengan kata lain aspek emosi dan sosial kehidupan murid.  Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara semulajadi untuk belajar, dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna.  Pendekatan ini juga menekankan betapa pentingnya peranan guru dalam memberi sokongan dan mengambil berat serta bergantung lebih kepada menerangkan sebab sesuatu perkara perlu dilakukan dengan cara tertentu.Teori ini juga berpendapat pembelajaran hanya bergantung kepada emosi dan perasaan.  Ia menegaskan setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain.  Oleh itu pengajaran dan pembelajaran hendaklah diatur mengikut kehendak dan perkembangan emosi murid-murid sendiri.  Mengikut Psaikologi Humanistik mempunyai keinginan mencapai kecemerlangan kendiri, maka guru memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan lagi ke tahap optimum.  Teori Humanistik mengiktiraf murid-murid adalah manusia biasa mempunyai sikap, perasaan, emosi, kepercayaan dan harapan yang tertentu.   kendiri yang unik.  Justeru itu, Teori Humanistik menegaskan kepentingan cara pengajaran dan pembelajaran yang dapat mematuhi kehendak individu mengikut perkembangan emosinya.  Humanisme mementingkan keunikan murid dan kewibawaan guru serta aspek afektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
            Faktor penyebab kegagalan manusia mencapai kesempurnaan kendiri ialah semakin tinggi kedudukan keperluan dalam susunan hieraki semakin lemah atau semakin sukar atau tidak perlu mencapainya.  Faktor corak atau amalan pendidikan diterima menyebabkan keinginan mendapatkan keperluan yang tinggi tidak timbul.  Kawalan yang keterlaluan ke atas kanak-kanak .  Individu tersebut takut mengembangkan potensi yang ada pada dirinya kerana takut menemui kegagalan atau melihat kekurangan yang ada pada dirinya. 
            Teori Humanistik, Maslow memberi penekanan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan keperluan-keperluan tertentu yang akan membolehkan seseorang itu terus membesar, berkembang dan mencapai kepada kesempurnaan.  Maslow menerangkan keperluan manusia secara hieraki seperti piramid kerana mempunyai peringkat yang tersusun iaitu bermula dengan keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri.  Bagi memenuhi keperluan ini keperluan yang paling bawah dalam hieraki adalah paling diutamakan dan mesti dipenuhi sebelum keperluan lain dipenuhi.  Sekiranya keperluan di peringkat bawah tidak dipenuhi atau dipuaskan maka terjadilah masalah psaikologi pada individu tersebut.  Ciri-ciri yang berbeza di antara individu menyebabkannya sebagai  kendiri yang unik.  Justeru itu, Teori Humanistik menegaskan kepentingan cara pengajaran dan pembelajaran yang dapat mematuhi kehendak individu mengikut perkembangan emosinya. Humanisme mementingkan keunikan murid dan kewibawaan guru serta aspek afektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 
            Faktor penyebab kegagalan manusia mencapai kesempurnaan kendiri ialah semakin tinggi kedudukan keperluan dalam susunan hieraki semakin lemah atau semakin sukar atau tidak perlu mencapainya.  Faktor corak atau amalan pendidikan diterima menyebabkan keinginan mendapatkan keperluan yang tinggi tidak timbul.  Kawalan yang keterlaluan ke atas kanak-kanak .  Individu tersebut takut mengembangkan potensi yang ada pada dirinya kerana takut menemui kegagalan atau melihat kekurangan yang ada pada dirinya. 
            Teori Humanistik, Maslow memberi penekanan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan keperluan-keperluan tertentu yang akan membolehkan seseorang itu terus membesar, berkembang dan mencapai kepada kesempurnaan.  Maslow menerangkan keperluan manusia secara hieraki seperti piramid kerana mempunyai peringkat yang tersusun iaitu bermula dengan keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri.  Bagi memenuhi keperluan ini keperluan yang paling bawah dalam hieraki adalah paling diutamakan dan mesti dipenuhi sebelum keperluan lain dipenuhi.  Sekiranya keperluan di peringkat bawah tidak dipenuhi atau dipuaskan maka terjadilah masalah psaikologi pada individu 

TEORI REALITI


William Glasser merupakan pengasas Terapi Realiti merupakan seorang doktor psikologi klinikal.  Beliau dilahirkan di Cleveland Ohio, Carlifornia  pada tahun 11 Mei 1925 dan merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik.  Bapanya telah berhijrah ke Amerika Syarikat untuk menyelamatkan kepercayaan agamanya dan bapa beliau hanya bekerja sebagai seorang peniaga secara kecil-kecilan.  Manakala ibunya merupakan seorang yang berpendidikan dan sering menggalakkan anak-anaknya membaca.  Bidang muzik dan sukan adalah bidang yang amat diminati oleh William Glasser di samping membaca.  Sementelah itulah zaman kanak-kanaknya merupakan zaman yang amat menggembirakan bagi William Glasser.  Kakak dan abang sulungnya telah melanjutkan pelajaran di kolej.  Maka tidak mustahil William Glasser juga telah mengikut jejak langkah mereka. 
Bapanya telah menasihatinya bahawa bidang kejuruteraan adalah bidang yang baik untuk diceburinya.  Atas nasihat bapanya William Glasser telah melanjutkan pelajaran di bidang kejuruteraan dan menerima Ijazah pertama Kejuruteraan Kimia dari Case Institute of Technology pada tahun 1944 dan pada ketika itu beliau berusia 19 tahun.  William Glasser hanya menjawat jawatan jurutera selama beberapa tahun dan beliau telah menyambung pelajarannya di bidang psikologi pada tahun 1948 dengan mendapat Ijazah Sarjana dalam Clinical Psychology dari Case Western Reserve Universiti.  Beliau telah membuat tesis untuk phD pada tahun yang sama tetapi ditolak oleh pihak universiti.  William Glasser telah mendapat Ijazah perubatan di universiti yang sama pada tahun 1953.  Beliau telah membuat intenship di Veterans Administration Center di Los Angels dan kemudian bertukar ke UCLA.  Ketika ini beliau merasakan teori Sigmund Frued tidak bersesuaian dengan pandangannya.  G.Harrington telah menyelia Wiliam Glasser dan sependapat dengannya.
 William Glasser telah menjadi ketua psikatarist di Ventura School for Girl pada tahun 1956.  Ventura School for Girl merupakan sebuah institiut yang dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis yang rosak moral dan melanggar peraturan atau undang-undang.  Beliau telah berkhidmat di institiut tersebut selama 12 tahun dan mempraktikkan konsep asal Terapi Realiti. 
 Bukunya yang pertama iaitu Mental Health or Mental Illness telah menjadi asas kepada teknik dan konsep Terapi Realiti.  Buku ini telah dihasilkan pada tahun 1961.  Reality Therapy: A Realistic Approach to the Young Offender   ialah manuskrip William Glasser yang telah menggunakan istilah Terapi Realiti buat kali pertama pada tahun 1964.  Bukunya yang terkenal bertajuk Reality Therapy: A New Approach to Psychiatry telah diterbitkan pada tahun 1965.
 Beliau telah mengaplikasikan idea-idea Teori Pilihan dan Terapi Realiti dalam sistem pendidikan di California pada tahun 1966.  William Glasser telah menerbitkan buku School Without Failure pada tahun 1969 yang menerangkan interaksi guru dan murid serta sumbangan sekolah terhadap identiti gagal pelajar.
 Beliau telah menerbitkan buku The Identity Society pada tahun1972 yang berkaitan tentang seseorang yang berfungsi sebagai individu secara psikologi dan fisiologi dalam masyarakat.  Antara buku-buku lain yang dihasilkan oleh William Glasser ialah Positive Addiction (1976), Control Theory in the Classroom (1986), The Quality School (1990), The Quality School Teacher (1998) dan Unhappy Teenagers: A Way for Parents and Teachers to Reach Them (2002).  Selain menulis buku beliau telah membuka dan menubuhkan institiut Control Theory, Reality Therapy dan Quality Managment.
            Pada pandangan William Glasser Teori Pilihan membincangkan seseorang individu bertingkah laku dan mereka bertingkah laku berdasarkan perspektif psikologi kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman, dunia kualiti, keperluan asas, dunia pengertian, dunia sebenar, nilai dan pengetahuan, skala, perimbangan, tingkah laku keseluruhan, sistem tingkah laku, identiti berjaya dan identiti gagal. 
            Menurut kata William Glasser (2000) dengan tegas bahawa Teori Pilihan menerangkan bahawa kita memilih tingkah laku dan individu bebas bertingkah laku berdasarkan motivasi dalaman, pilihan kita sendiri, fleksibel, bermatlamat dan kreatif.  Beliau juga melihat masalah manusia berpunca daripada keperluan asas tidak dipenuhi.  Tingkah laku manusia berpandukan keperluan asas (Glasser 2001).  Pengguna Terapi Realiti hendaklah memahami keperluan asas individu yang merangkumi aspek fisiologi dan  psikologi (Glasser 2001). 
Menurut Teori Pilihan kesemua tingkah laku manusia berdasarkan kepada keinginan psikologi dan fisiologi individu.  Keinginan psikologi merangkumi seseorang individu yang menyayangi dan ingin disayangi oleh orang lain, ingin penghargaan daripada orang lain, inginkan kebebasan dan inginkan kegembiraan (Glasser 1986, Ahmad Jasmin 2010).  Keperluan kasih sayang, rasa intim, rasa dipunyai oleh keluarga, rakan dan orang sekeliling adalah merangkumi aspek menyayangi dan disayangi.
 Keperluan ke arah pencapaian, berkemahiran, cekap, mempengaruhi orang lain, ingin dihargai dan suka bersaing dengan orang lain adalah merangkumi aspek rasa ingin penghargaan.  Dalam Teori Pilihan rasa ingin bebas bermaksud individu mempunyai keinginan untuk memilih kewajaran untuk dirinya dan cenderung membuat keputusan tentang cita-cita kehidupan. 
Keperluan untuk bermain, berehat, ketawa, gembira dan rekreasi adalah keperluan keseronokan.  Keperluan dari aspek psikologi seiring dengan aspek fisiologi yang mana fisiologi merujuk kepada kelangsungan hidup yang merangkumi individu berani mengambil risiko, mempunyai wang yang cukup, keselamatan, dilindungi dan seksual yang sihat.
 Mengikut Teori Pilihan ia memberi penekanan kepada sifat tanggung jawab individu.  Beliau mendefinisikan tanggung jawab adalah keupayaan untuk memenuhi sesuatu keperluan yang diingini (Glasser 1965).  Beliau juga menolak konsep mimpi dan angan-angan tanpa berpaksikan realiti (Glasser 1998).
Menurut pandangan William Glasser Terapi Realiti bermula apabila beliau telah mula membuat pandangan tentang proses perubahan manusia yang merupakan permulaan penting dalam psychologycal community.  Ketika teori Pemusatan Klien, Existensial dan Gestalt sedang berkembang, Terapi Realiti bermula. 
Terapi Realiti menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan, ada pilihan dan bertanggung jawab terhadap pilihan tersebut.  Di samping itu Terapi Realiti berorientasikan tingkah laku secara total atau keseluruhannya yang melibatkan komponen doing, thinking, feeling dan psychology.  Selain itu Terapi Realiti juga menekankan aspek tingkah laku dan pemikiran klien.  Namun demikian Terapi Realiti menolak konsep mental illness atau sakit jiwa. 
Teori Pilihan Terapi Realiti menekankan sistem berfikir yang merupakan sistem kawalan yang mengawal tingkah laku individu.  Kehidupan seseorang itu ditentukan oleh pilihan kita sendiri.  Pilihan yang dibuat oleh diri sendiri biasanya datang daripada hati sanubari kita.  Pada hakikatnya kadang-kala kita suka tetapi kita juga mempunyai kehendak untuk menentukan perkara yang terbaik untuk diri kita sendiri.  Ilmu psikologi kaunseling aliran kognitif membincangkan bahawa manusia bertingkah laku berdasarkan pilihan masing-masing.  Teori Pilihan Terapi Realiti telah membincangkan tentang pemikiran dan tingkah laku.
            Kesimpulan dalam Teori Pilihan adalah kita boleh mengawal tingkah laku kita.  Kita hanya mendapat maklumat daripada orang tetapi tidak semestinya apa yang kita inginkan dan kebanyakan masalah psikologi berpunca daripada masalah hubungan yang mana masalah hubungan adalah suatu proses yang sentiasa wujud.  Masa sekarang sangat penting berbanding dengan masa lepas dan risau pada masa akan datang.  Kita mempunyai keperluan asas iaitu ingin menyayangi dan ingin dimiliki, ingin penghargaan, ingin kebebasan, ingin kegembiraan dan ingin terus hidup.  Kita juga rasa puas setelah memilih untuk memenuhi kehendak kita.  Akhir sekali konflik dengan apa yang kita hendak akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi.                                      
Dalam pendidikan psikologi kaunseling Terapi Realiti adalah salah satu teori.  Terapi Realiti adalah sebahagian daripada pendekatan Kognitif.  Teori Pilihan tidak dapat dipisahkan daripada Terapi Realiti.  Terapi Realiti membincangkan bagaimana kita dapat membantu diri kita dan orang lain manakala Teori Pilihan membincangkan bagaimana manusia bertingkah laku.  Ia merupakan proses untuk memahami tingkah laku individu untuk seseorang itu memilih dan membuat keputusan yang tepat dalam kehidupannya.  Ia juga berfokus kepada tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan kehendak murid. 
Terapi Realiti adalah merujuk kepada prosedur WDEP yang merupakan akronim strategi dalam Terapi Realiti yang boleh digunakan oleh guru untuk menolong murid berubah dari segi aspek tingkah laku yang sesuai dengan kehendak individu tersebut.  Menurut Wubbolding dan Brickell (1999) menyatakan W merujuk kepada wants, needs and perceptions (kehendak, keperluan dan persepsi), D merujuk kepada directions and doing (terarah dan lakukan), manakala E merujuk kepada evaluation (penilaian) dan P merujuk kepada planning and commitment ( pelan bertindak dan komited).  Strategi WDEP merupakan langkah-langkah dalam Terapi Realiti yang boleh digunakan oleh guru untuk menolong murid.  Sebelum guru mengaplikasikan sepenuhnya aplikasi WDEP ini adalah perlu untuk guru mewujudkan suasana kaunseling agar kepercayaan, penerimaan dan proses membantu dapat dijalankan dengan lancar.
            Guru mewujudkan suasana perbincangan konduksif iaitu pembinaan perhubungan yang tulen, mesra, tidak menghukum, menerima dengan seadanya, menunjukkan empati, fokus pada isu murid, berkongsi cerita, dan menggunakan sedikit humor adalah merupakan suasana yang wajar diwujudkan sebelum sistem WDEP itu diterapkan.  Guru hendaklah mengelak daripada berhujah keterlaluan, menuduh, mengkritik, memaksa murid, tidak menghargai murid, mewujudkan ketakutan dan mudah putus asa. 
            Guru meneroka kehendak, keperluan dan persepsi murid adalah penerapan strategi dalam Terapi Realiti bermula di peringkat W (Wants, Needs & Perception) di mana guru akan meneroka kehendak, keperluan dan persepsi murid tentang hidupnya.  Harapan dan keinginan murid perlu dikongsi oleh guru dari segi sejauh mana keperluan asas psikologi dipenuhi mengikut Terapi Realiti iaitu keperluan untuk dsayangi dan menyayangi , keperluan membuat pilihan di atas kebebasan yang diberi, kuasa untuk menghargai dan dihargai olehorang lain, rasa kegembiraan yang wujud dalam diri dan sejauh mana kehidupan dapat diteruskan hasil daripada keperluan-keperluan tadi dapat dipenuhi.  Perkongsian di antara guru dan murid akan melahirkan rasa komitmen di kalangan murid untuk meneruskan pilihannya dengan mengadakan perbincangan dengan guru.
            Guru meneroka arah tuju pelajar setelah penglibatan yang diperolehi oleh murid di mana langkah yang seterusnya guru bertindak secara aktif, mengarah, didaktif dan kognitif bersama murid meneroka hala tujunya.  D (Doing & Direction) akan muncul apabila guru perlu memfokus kepada tingkah laku semasa murid.  Tingkah laku dan perasaan saling berkait rapat, namun tumpuan guru adalah kepada tingkah laku semasa murid.  Tumpuan tingkah laku kerana ia merupakan perkara yang lebih mudah diperbetulkan oleh murid.  Pengalaman lampau tidak perlu dilihat sebagai asas penerokaan masalah murid tetapi masa lampau hanya dibincangkan untuk membantu tingkah laku masa kini.
            Murid membuat penilaian terhadap diri mereka setelah mendapat maklum balas daripada guru tentang usaha yang ingin dilakukan oleh murid untuk mengubah tingkah lakunya, penilaian secara spesifik dibuat terhadap perlakuan-perlakuan yang ingin dijalankan.  Penilaian tingkah laku yang wujud  bukan sahaja dibuat oleh guru malah ianya juga melibatkan persepsi, komitmen dan kesediaan murid untuk berubah.  Guru akan menilai secara berterusan termasuk perancangan murid untuk menunaikan segala tindakannya. 
            Guru berbincang tentang pilihan murid membuat tindakan adalah merupakan langkah terakhir dalam penggunaaan terapi ini  dan guru menggunakan konsep P (Plan of Action).  Guru membantu murid membuat perancangan berasaskan persetujuan murid untuk berubah.  Guru perlu membuat perancangan yang mudah bersama murid agar boleh tercapai, boleh diukur, segera dilakukan oleh murid, penglibatan murid, murid mengawal setiap perancangannya, murid komited dengan perancangannya dan setiap perancangan yang dirancang perlu konsisten dan berterusan.  Perancangan dan pelan yang dibuat adalah untuk membantu murid.  Langkah-langkah dan alternatif dipilih untuk mencapai objektif yang disenaraikan.  Dari semasa ke semasa pelan ini dinilai dan disemak.  Apabila murid tidak mengikit perancangan dengan baik maka masalah akan timbul.  Komitmen murid penting dan murid perlu bersungguh-sungguh untuk berubah.     
Matlamat Terapi Realiti adalah untuk membantu seseorang bagi mencapai kebebasan atau autonomi dalam menentukan matlamat hidup tanpa bergantung kepada orang lain.  Selain itu matlamat Terapi Realiti menyediakan suatu suasana yang boleh membantu klien bagi membina kekuatan psikologi untuk menilai dan menghargai tingkah laku semasa.  Klien dibimbing ke arah menerima realiti dan berusaha merancang strategi untuk mencapai matlamat hidup yang lebih realistik. Klien juga dibantu untuk bertindak dan bertingkah laku dengan penuh tanggung jawab secara realiti dalam mencapai matlamat hidup klien perlu memperjelaskan cara-cara mereka menghambat kemajuan ke arah tujuan-tujuan yang ditentukan oleh mereka sendiri.  Namun matlamat Terapi Realiti juga membantu klien menemukan alternatif-alternatif dalam mencapai tujuan-tujuan dengan syarat klien sendiri yang menetapkan tujuan-tujuan itu. 
Konsep utama Terapi Realiti telah mengemukakan alternatif ciri-ciri tertentu yang boleh atau harus diperhatikan.  Antara ciri-ciri tersebut ialah menolak konsep sakit jiwa dan tidak memberi perhatian atau fokus kepada dianogsis jiwa.  Menurut Terapi Realiti tingkah laku tidak siuman adalah hasil daripada penolakan tanggung jawab.  Individu yang membelakangkan tanggung jawab akan menghasilkan tingkah laku tidak siuman.  Apabila tingkah laku berubah sikap dan perasaan turut berubah.  Oleh itu Terapi Realiti tidak fokus kepada tingkah laku, sikap dan perasaan.  Sebaliknya Terapi Realiti menumpukan perhatian kepada situasi masa kini.  Sewaktu memberi perhatian kepada tingkah laku masa kini.
 Terapi Realiti menekankan aspek-aspek positif seperti potensi individu, kejayaan-kejayaannya, kelebihan dan kualiti positif yang ada padanya.  Dalam pada itu Terapi Realiti tidak mengabaikan harapan, kebimbangan dan nilai-nilai klien yang menekankan individu yang mempunyai banyak potensi serta bukan sebagai pesakit yang mempunyai banyak masalah.
 Konsep Terapi Realiti juga menggalakkan klien meneliti dan menilai tingkah laku.  Selain itu Terapi Realiti menekankan kepada aspek sedar personaliti dan tidak menekankan kepada aspek tidak sedar.  Ia memberi tumpuan terhadap  tingkah laku masa kini agar dapat mencapai kejayaan melalui tindakan yang bertanggung jawab dan realistik.
 Selain itu Terapi Realiti tidak menggunakan denda atau dera sebagai suatu alat untuk mengawal atau mengubah tingkah laku kerana yakin bahawa denda atau dera bukanlah alat yang berkesan.  Sementelah denda atau dera hanya bertahan dalam jangka masa yang pendek sahaja.  Berdasarkan konsep Terapi Realiti belajar menjadi seorang yang bertanggung jawab akan terus menerus berlaku di sepanjang hidup individu itu.  Bahagian yang paling penting dalam Terapi Realiti adalah aspek yang berkaitan dengn moral, standard, nilai dan kebolehan menentukan tingkah laku yang betul daripada yang salah.  Akhir sekali semua peraturan, persetujuan dan keperluan yang ditetapkan oleh kaunselor atau institusi hendaklah dipatuhi dengan ketat serta sebarang pelanggaran peraturan adalah tidak diizinkan.
Terapi Realiti juga mempunyai konsep alternatif yang lain yang berkaitan dengan keperluan asas manusia seperti keperluan perasaan mempunyai dan dipunyai kerana ianya penting untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan.  Terdapat tiga lingkungan perasaan mempunyai dan dipunyai iaitu keluarga, sosial dan tempat kerja.  Namun demikian tidak dinafikan bahawa setiap manusia perlukan kuasa dan pengiktirafan bagi mewujudkan persaingan.  Dalam pada itu untuk mencapai keperluan tersebut ianya memerlukan strategi dan perancangan yang betul. 
Selain itu secara lazimnya proses perkembangan manusia perlu bercirikan aktiviti  menggembirakan dan keperluan ini meliputi setiap perkembangan manusia.  Demi menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya kebebasan amat penting bagi setiap individu.  Setiap individu perlukan kebebasan untuk bergerak secara positif ke arah kehidupan yang diingini.  Oleh itu manusia sanggup berkorban untuk menuntut kebebasan dan kemerdekaan.
 Di samping itu keperluan selamat dan survival diperlukan juga oleh setiap individu merangkumi makanan, penginapan, berkeluarga dan zuriat.  Namun demikian konsep yang berkaitan dengan kehendak manusia merupakan suatu desakan yang membawa manusia bergerak dan bertindak ke arah memenuhi keperluan asas.  Walaupun keperluan asas manusia sama tetapi kehendak manusia bersifat unik, tersendiri, bertujuan untuk kepuasan diri, mengandungi tanggapan dan jangkaan tertentu terhadap keperluan asas yang hendak dicapai serta bersifat subjektif.  Sebagai contoh, aku perlukan kasih sayang daripada keluargaku sepatutunya begini. 
Seterusnya konsep berkaitan rasa tanggung jawab di mana tindakan manusia untuk memenuhi kehendak dan keperluan asas terdorong dengan rasa bertanggung jawab.  Setelah berlakunya penyesuaian akan wujud tingkah laku yang bersesuaian dengan peraturan dan sistem masyarakat yang akhirnya akan melahirkan idenditi yang berjaya.  Begitu juga sebaliknya. Konsep berkaitan identiti pula berbeza di antara individu.  Matlamat hidup, kehendak, pemikiran, perasaan dan pelakuan adalah berbeza di antara setiap individu.  Ada dua jenis identiti utama dalam realiti iaitu identiti jaya dan identiti gagal.
 Identiti jaya merupakan individu yang berusaha sendiri untuk mempertingkatkan dirinya sedaya upaya mungkin.  Antara ciri-ciri individu yang memiliki identiti jaya adalah konstruktif, tegas, altruistik, sentiasa berperasaan positif, gembira, penerimaan kendiri positif, berfikir secara rasional, dekati masalah secara berpatutan, teliti, matang, bertumpu kepada aktiviti sihat seperti berekreasi, memiliki rasa bebas, seronok, rasa disayangi dan menyayangi, rasa cekap dan menghargai diri. Individu beridentiti jaya bertindak untuk menghasilkan kepuasan, perasaan positif dan membentuk pemikiran, perasaan, tindakan, keperluan dan matlamat yang positif. 
Manakala individu yang beridentiti gagal pula tidak mengambil tanggung jawab untuk menyelaras tingkah laku agar selari dengan harapan masyarakat umum, tinggalkan tanggung jawab dengan menunjukkan kekecewaan, menunjukkan tingkah laku yang tidak adaptasi, kecewa psikotik, mempamerkan simptom psikosomatik, bersifat terasing, mengkritik diri tinggi, tidak bertanggung jawab, mengekalkan tingkah laku yang tegang dan kaku.  Individu yang beridentiti gagal ini mencapai kehendak dan keperluan asasnya dengan cara tidak bertanggung jawab serta menghasilkan kepuasan, perasaan dan membentuk pemikiran, perasaan, tindakan, keperluan serta matlamat yang negatif.  Setiap individu yang gagal perlu mencapai keperluan asas dan cenderung sama ada menolak atau menerima realiti.  Individu gagal yang menerima realiti akan mencapai kehendak dan keperluan asas serta membentuk pemikiran, perasaan, tindakan, keperluan dan matlamat yang positif serta akan lahirlah individu beridentiti jaya. Namun sebaliknya akan berlaku sekiranya individu gagal yang mencapai kehendak dan keperluan asasnya menolak realiti serta tiada rasa bertanggung jawab.  Sikap tidak ada rasa tanggung jawab ini akan membentuk pemikiran, perasaan, tindakan, keperluan dan matlamat yang negatif serta lahirlah individu yang beridentiti gagal.
            Berdasarkan Teori Pilihan individu bermasalah apabila keinginan mereka tidak dipenuhi. Keperluan psikologi dan fisiologi (menyayangi dan disayangi, penghargaan, kebebasan, kegembiraan dan kelangsungan hidup) mempengaruhi keinginan.  Konflik timbul apabila individu dapat apa yang mereka tidak hendak.  Ia boleh mewujudkan keseronokan atau kesakitan kepada diri individu tersebut.  Tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi individu dipengaruhi oleh konflik. Oleh itu keseluruhan tingkah laku ini akan menyumbangkan kepada identiti berjaya atau identiti gagal.
 Individu gagal memenuhi kehendaknya dengan cara yang bertanggung jawab merupakan personaliti gagal.  Individu gagal biasanya kecewa dengan kehidupan dan sentiasa menafikan kegagalan yang mereka hadapi.  Mereka akan memilih simptom negatif dan akhirnya mengalami tingkah laku yang tidak efektif.  Personaliti gagal ini akan melarikan diri daripada tanggung jawab setelah emosi dan pemikirannya terganggu.
 Pilihan tingkah laku dalam kehidupan terbahagi kepada dua kategori iaitu tingkah laku efektif dan tingkah laku tidak efektif.  Antara tingkah laku yang efektif adalah sentiasa menyokong orang lain, sentiasa mendapat galakan, kemahiran mendengar yang tinggi, mudah menerima orang lain, mewujudkan kepercayaan terhadap orang lain, menghormati orang lain dan selalu berunding.
 Manakala individu yang gagal mempamerkan tingkah laku yang tidak efektif adalah selalu mengkritik, selalu menuduh orang lain tanpa bukti, sentiasa tidak berpuas hati, selalu berleter, rasa terancam, buat sesuatu kerana takutkan hukuman dan terlalu mengawal orang lain.       
            Antara sumbangan Terapi Realiti jangka masa proses terapi yang berfokus kepada janga masa pendek dan menangani masalah tingkah laku secara sedar.  Kebanyakan populasi yang berbeza seperti salah laku, penyalahgunaan bahan, kecelaruan personaliti dan tingkah laku anti sosial yang mana pendekatan Terapi Realiti boleh diaplikasikan.  Setting kaunseling individu dengan kanak-kanak, remaja dewasa dan golongan berumur adalah proses Terapi Realiti yang boleh diaplikasikan.  Selain itu setting kaunseling kelompok, kaunseling perkahwinan dan kaunseling keluarga turut ada dalam proses Terapi Realiti.  Proses Terapi Realiti juga diaplikasikan di hospital, klinik kesihatan mental,sekolah, pusat tahanan (penjara), pusat pemuliahan dan pusat krisis (Glasser, 1986: Seligman 1997).
 Namun Terapi Realiti sungguh konkrit serta memberi satu struktur klien dan terapi boleh mengukur tahap dan bentuk perubahan terutamanya apabila kontrak berfokus matlamat terbentuk.  Fokus kepada tanggung jawab dan kebebasan adalah merupakan pendekatan Terapi Realiti berlaku dalam kalangan individu tanpa mengkritik, menyalahkan klien atau ada percubaan untuk membentuk semula personaliti secara menyeluruh. 
Setiap individu bukan sebagai mangsa kemurungan atau tidak berkeupayaan bertindak.  Golongan ini memilih sendiri untuk berada dalam keadaan sedemikian.  Mereka bertanggung jawab ke atas diri sendiri atas perkara yang telah dibuat dan kedudukan mereka.  Ada kalanya manusia yang tidak diajar untuk bertanggung jawab terhadap tingkah laku mereka atau mengambil tanggung jawab berkenaan.  Memenuhi keperluan diri tanpa menyusahkan orang lain adalah tindakan yang bertanggung jawab (Glasser, 1965/ m.s. 13).
 Menurut Glasser (1984) Pendekatan Terapi Realiti ke arah penyelesaian konflik yang terdiri daripada dua tahap iaitu benar atau salah.  Konflik berkembang disebabkan ketidaksetujuan interpersonal terhadap perubahan adalah di tahap benar.  Manakala di tahap konflik salah pula perubahan mungkin jika diri sendiri bersedia untuk mengambil usaha membuat sesuatu untuk kebaikan dan tingkah laku bertanggung jawab.  Ini boleh membawa kepada hasil yang dikehendaki. 
            Menurut pendekatan Terapi Realiti aspek semulajadi tingkah laku seseorang berdasarkan kepada keperluan asas individu berkenaan (penghidupan perasaan kepunyaan dan kasih sayang, kekuasaan, keseronokan dan kebebasan).  Perkembangan personaliti individu ditentukan oleh persekitaran dan tanggapan seseorang individu serta memilih hala tuju dalam lingkungan persekitarannya.  Bagi memenuhi keperluan hidup dalam lingkungan peluang-peluang yang diperolehi dalam persekitaran seseorang itu bertanggung jawab terhadap pemilihan dan keputusan yang diambil.  Pilihan-pilihan yang diambil menentukan tingkah laku seseorang dipengaruhi oleh genetik dan persekitaran.  Pendekatan Terapi Realiti tidak menafikan pengaruh biologi dalam masalah psaikologi mental malah pendekatan ini lebih pro kepada persekitaran.  Penegasan pendekatan Terapi Realiti bahawa faktor biologi (semulajadi) bukan penentu destinasi seseorang. 
            Menurut pendekatan Terapi Realiti penggunaan ubat-ubatan untuk masalah pesakit mental adalah ditentang sekeras-kerasnya.  Tingkah laku yang dipilih berpusatkan kepada keinginan untuk memenuhi keperluan asas individu.  Pada pendapat Glasser (2000) tingkah laku seseorang itu dipilih sendiri oleh individu berkenaan maka rawatan menggunakan ubat-ubatan berupaya menarik keluar sikap bertanggung jawab daripada klien.  Masalah kesihatan yang dihadapi dan dibuktikan dengan preskripsi ubat yang diperolehi adalah merupakan alasan klien terhadap tingkah laku.  
            Berdasarkan pendekatan Terapi Realiti tidak banyak menghadapi masalah disebabkan isu-isu budaya.  Manusia memilih cara-cara tertentu untuk memenuhi keperluan berdasarkan pilihan sistem kepercayaan keagamaan dan kebanyakan aspek-aspek Terapi Realiti mempunyai persamaan dan berlandaskan pelbagai prinsip keagamaan yang universal.  Teknik Terapi Realiti adalah fleksibel dan berupaya menggabungjalinkan teknik-teknik kaunseling dan pelbagai teknik teori dalam membantu klien memilih tingkah laku yang lebih berkesan pada waktu semasa. 
Sikap tanggung jawab merupakan sebagai tapak utama seseorang itu berubah namun begitu Terapi Realiti tidak menyalahkan atau mengkritik seseorang disebabkan kesukaran atau masalah yang dihadapi.  Menurut Glasser (2000) seseorang itu tidak patut dilabelkan berdasarkan sesuatu diagnostik.  Kelemahan Terapi Realiti ialah unsur-unsur masa lampau tidak diberi perhatian langsung.  Menurut pengkritik Terapi Realiti menyatakan unsur-unsur masa lampau amat penting untuk mengetahui latar belakang pemasalahan yang dihadapi pada masa kini.  Malah Terapi Realiti hanya cenderung memfokuskan kepada tingkah laku semasa tetapi seseorang manusia adalah unik dan bertindak secara menyeluruh termasuk emosi, perspektif, kognitif, sensasi dan sebagainya.  Ini jelas menunjukkan Terapi Realiti mempunyai keupayaan yang terbatas.
 Status Terapi Realiti masa kini amat berkembang dengan pesatnya.  William Glasser masih meneruskan usahanya untuk mengembangkan terapi yang dibina melalui ceramah, penulisan dan pengamalan secara sendirian.
 Konsep Terapi Realiti diaplikasikan di sekolah-sekolah semakin pesat hasil usaha isteri barunya Carleen.  Isteri beliau merupakan pengarah urusan pusat Institiut Terapi Realiti di Cincinati, Ohio. Hasil usaha William Glesser telah menubuhkan banyak institiut Terapi Realiti bertujuan melatih dan pemberian sijil dalam terapi berkenaan.  Satu jurnal juga telah diwujudkan atas nama International Journal of Reality Therapy.
Kesimpulannya Terapi Realiti merupakan satu bentuk terapi yang berfokus pada masa kini dan membantu seseorang membuat pilihan-pilihan yang berkesan dalam hidup.  Seseorang itu diajar mengadaptasikan tingkah laku baru yang lebih efektif dalam usaha memenuhi keperluan asas jika pendekatan yang digunakan tidak berkesan.  Berdasarkan kepada prinsip-prinsip psikologi yang ditentukan dalam Teori Pilihan individu boleh memahami tingkah laku dirinya dan orang lain manakala Terapi Realiti mempunyai strategi WDEP untuk menolong individu.
 Terapi Realiti dan Teori Pilihan sesuai dilaksanakan dan diaplikasikan di sekolah kerana terapi ini memberi tumpuan kepada konsep tanggung jawab dan kesan kepada perlakuan individu.  Terapi Realiti memberi kebebasan kepada individu untuk berfikir secara rasional, menilai, menentukan dan membuat keputusan sendiri